Assalamualaikum..
Hari ni saya ingin memulakan hidup baru selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga anak saya Afif Eshaly yang sering sakit kerana Tonsil nya yang sering bengkak dan kerap demam panas. Ibu mana yang sanggup melihat anak yang menjadi Phobia dengan ubat, nurse dan hospital. Selama ni saya masih kuat untuk melihat anak dicucuk untuk pasang line. Tapi kali ini saya tak sanggup lagi untuk melihat dia dipaksa makan ubat dan sebab dia meronta2 sampai kadang2 berdarah2 gusi dia..Ya Allah tuhan saja lah yang tahu perasaan seorang ibu yang tak sanggup melihat anaknya begitu.
Setelah berbincang dengan suami dan fikir masak2..saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga anak dirumah memandang kan Doctor juga tak advice untuk hantar anak saya ke nursery dan keadaan ibu mertua saya yg sudah tang larat untuk menjaga anak saya. Saya memahami keadaan nye.
Bayangkan lah 1 tahun ni rasa nya dah lebih 5 kali anak saya dimasukkan ke hospital. Alhamdulillah nasib baik lah office suami saya cover insurance. Jadi boleh lah kami membawa Afif ke Specialist Hospital. Memandangkan cuti tahunan pun dah takde terpaksa lah bergilir dengan suami dan ibu mertua untuk menjaga anak saya. Tapi sedih rasa nya bila kita tak dapat menjaga anak sendiri semasa dia sakit dan memerlukan ibunya. Mommy minta maaf Afif. :(
Setelah berbincang dengan suami walaupun suami saya agak risau juga bila saya tak kerja expenses keluarga kami tak tertanggung. Tapi saya yakin kan suami, ini semua untuk Afif. Insyallah rezeki itu datang dari Allah dan Allah akan tunjuk kan jalan dan semoga dipermudahkan. Alhamdulillah juga lah sebab saya sudah memulakan freelance party planner awal tahun ini dengan bantuan abang dan kakak ipar saya. Sekurang2 nya ada juga lah side income untuk kami sekeluarga.
Demi untuk menambahkan pendapatan keluarga, membantu suami dan memberikan yang terbaik untuk anak saya..macam2 telah saya usahakan. Memandang kan saya masih ada 2 bulan (office saya kena bagi 2 bulan notice berhenti kerja) saya sudah memikirkan strategy untuk memulakan sesuatu untuk saya usahakan dari rumah selain freelance party planner yang masih diteruskan.
Kepada yang berminat atau mencari party planner untuk sebarang majlis dari Aqiqah, Hari Jadi, Perkahwinan, Corporate etc boleh lah jenguk2 service saya. Anda boleh add:
FB: www.facebook.com/cradleanddais
IG: @cradleanddais
InsyaAllah ada jalan dan akan dipermudahkan semuanya. Amin!
Regards,
Norly
No comments:
Post a Comment